Trump tandatangan rang undang-undang pertahanan kontroversi

Trump - Foto AFP
Trump - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam telah menandatangani rang undang-undang pertahanan bernilai AS$738 bilion yang memasukkan peruntukan kontroversi menggesa agar sekatan dikenakan ke atas Rusia dan Turki, lapor agensi berita China Xinhua.

Trump meluluskan Akta Kebenaran Pertahanan Negara 2020 (NDAA) yang akan meningkatkan perbelanjaan pertahanan AS sebanyak kira-kira AS$20 bilion atau 2.8 peratus dalam satu majlis menandatangani yang berlangsung di Joint Base Andrews berhampiran Washington.

Undang-undang itu telah mencetuskan bantahan di luar negara kerana mengandungi peruntukan punitif terhadap Rusia, Turki dan negara-negara lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: