Gagal mara ke suku akhir MLM2019, Rojak dan Rahmet diumum tersingkir

Rahmet, Rojak tersingkir pada minggu kelapan MLM2019
Rahmet, Rojak tersingkir pada minggu kelapan MLM2019
A
A
A

KUMPULAN Rojak yang dianggotai oleh Bell Ngasri, Rahim dan Chiwan serta peserta solo dari Indonesia, Rahmet, diumumkan tersingkir daripada program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) minggu kelapan yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam sebentar tadi.

Menerusi persembahan yang bertemakan Percutian itu, Rojak dan Rahmet berada pada kedudukan empat terendah bersama kumpulan Jborn dan Stone.

Sementara itu kumpulan Zero mengungguli anugerah Oppo Punchline Machine, berdasarkan undian penonton tertinggi pada minggu ini.

Manakala kumpulan Puteh pula diumumkan sebagai Flamintoz Kumpulan Paling Syok daripada pilihan juri. Kemenangan itu melayakkan kumpulan yang dianggotai oleh Mamak, Ali dan Man itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Persembahan setiap peserta diadili oleh empat juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani,Inul Daratista dan Najib Ali, yang mewakili 70 peratus pemarkahan, manakala 30 peratus lagi daripada undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga di platform digital, Gempak.

Menerusi dua penyingkiran tersebut, sekaligus menyaksikan Zero, Puteh, Bocey, Rare, J-Born dan Stone meneruskan perjuangan ke minggu suku akhir yang akan berlangsung pada minggu depan.

MLM2019 menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500,000.

Program dikendalikan oleh Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.

Artikel Berkaitan: