Farah Nabilah sah suri hati Mr Pilot, Amirul Yunus

No Image Caption
A
A
A

PELAKON cantik, Farah Nabilah kini sah menjadi suri hati kepada juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz tepat jam 9.04 malam, Jumaat.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, dan Amirul, dinikahkan oleh bapaFarah, Datuk Saipuddin Ahmad dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Mastori Marsidi.

Farah Nabilah kini sah menjadi suri hati kepada juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz tepat.
Farah Nabilah kini sah menjadi suri hati kepada juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz tepat.

Farah menerima RM1, 000 sebagai mas kahwin, manakala RM77, 777.77 sebagai wang hantaran dan hadiah tujuh dulang hantaran berupa cincin, telekung dan senaskah al-Quran, kek, set penjagaan diri dan muka, minyak wangi, telefon pintar dan jam tangan.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Royale Chulan Damansara.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Royale Chulan Damansara.

Amirul juga menerima balasan tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin, sehelai kemeja, senaskhah al-Quran, seutas jam, telefon pintar, set wangian dan penjagaan diri.

Farah sebelum itu menerima sebentuk cincin daripada ibu Amirul sebagai simbolik upacara pertunangan kira-kira jam 8.50 malam, disaksikan 300 tetamu yang hadir terdiri daripada keluarga, rakan taulan dan rakan media.

Pasangan itu berkenalan kira-kira tujuh tahun lalu menerusi rakan baik mereka yang juga pelakon, Izara Aishah.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption