Universiti Limkokwing rai 1,000 graduan dari 67 negara

Amirudin (kanan) menerima Anugerah Kedoktoran dalam Kepimpinan pada Majlis Graduasi Limkokwing di Putrajaya semalam.
Amirudin (kanan) menerima Anugerah Kedoktoran dalam Kepimpinan pada Majlis Graduasi Limkokwing di Putrajaya semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Hampir 1,000 graduan dari 67 negara diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Konvokesyen yang bertemakan Merancang Masa Depan Anda itu bertujuan meraikan kesemua graduan membabitkan sembilan fakulti yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Turut diraikan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang dianugerahkan Ijazah Kehormat dan Kepimpinan.Majlis itu turut dihadiri tetamu diraja, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah.

Santa Bahadur Bir Bahador, graduan yang kurang upaya pekak dan bisu dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Kreatif dalam Digital Fotografi menerima anugerah kepimpinan Leader of the Future pada Majlis Graduasi Limkokwing di Putrajaya semalam.

Sementara itu, Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing berkata, bertepatan dengan moto yang dibawa iaitu Kreativiti dan Inovasi, pusat pengajian itu komited melahirkan graduan yang berupaya bersaing dalam pasaran pekerjaan semasa.

Katanya, dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang mengikuti pengajian di ‘Universiti Paling Global di Dunia’ itu, beliau yakin kesemua pelajar menjadi rebutan majikan.“Tahun 2020 bakal menjelma tidak lama lagi, saya mengambil peluang mengucapkan semoga berjaya kepada graduan.

Para graduasi yang menerima Anugerah Kecemerlangan bergambar bersama Kok Wing (berdiri, tujuh dari kanan) selepas istiadat konvokesyen universiti itu di Putrajaya semalam.
Para graduasi yang menerima Anugerah Kecemerlangan bergambar bersama Kok Wing (berdiri, tujuh dari kanan) selepas istiadat konvokesyen universiti itu di Putrajaya semalam.

“Semoga pengalaman yang bermula di Universiti Limkokwing ini akan membawa peluang kerjaya yang lebih meluas kepada semua,” katanya ketika berucap pada pembukaan Konvokesyen Limkokwing 2019 di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Kok Wing yang juga pengasas universiti itu berkata, pendidikan adalah pelaburan penting untuk masa depan negara.“Lebih 10,000 graduan daripada Universiti Limkokwing berjaya dilahirkan dan berkhidmat di seluruh negara,” katanya.