Peletakan jawatan Agong atas bicara sendiri

- Foto Bernama
- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam isu yang membabitkan Yang di-Pertuan Agong hanya Majlis Raja-raja yang boleh membuat keputusan.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkata, dakwaan yang menyatakan kononya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam isu perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong, adalah sama sekali tidak masuk akal dan berasas.

Katanya, tiada orang luar boleh membuat keputusan atau masuk campur dalam hal ini melainkan ahli Majlis Raja-raja.

"Dalam hal Agong hanya Majlis Raja-raja boleh membuat keputusan.

"Jadi bagi saya isu Dr Mahathir terlibat langsung tak timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu timbul dakwaan bahawa punca peletakkan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong berkemungkinan mempunyai kaitan dengan unsur-unsur politik.

Keadaan ini berlaku dikatakan hubungan yang agak kurang menyenangkan antara Sultan Muhammad V dengan Dr Mahathir sebelum ini.

Mengulas lanjut ujarnya, tidak ada di mana-mana perkara yang menyatakan Agong tidak boleh meletakkan jawatannya.

Artikel Berkaitan:

"Dan Sultan Muhammad V memilih untuk turun takhta atas budi bicara baginda sendiri maka macam mana nak libatkan orang lain pulak," katanya.

Justeru itu beliau meminta semua pihak untuk menghormati keputusan Sultan Muhammad V itu.

"Kita perlu hormati keputusan Sultan Kelantan itu," katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, untuk meletakkan jawatan.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu diserahkan kepada Majlis Raja-raja yang mempunyai hak bagi memutuskan apa juga bentuk tindakan selanjutnya berhubung perkara itu.

Beliau seterusnya berharap penggantian Yang di-Peratuan Agong yang baharu dapat diselesaikan secepat mungkin.