Majlis Malam Ragaman Sinar berlangsung meriah

Majlis Malam Ragaman yang bertemakan Glamour dan Futuristik, kelmarin. - Foto HAZMY AHNA
Majlis Malam Ragaman yang bertemakan Glamour dan Futuristik, kelmarin. - Foto HAZMY AHNA
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 200 warga kerja Sinar Harian diraikan pada Malam Ragaman Sinar 2019 yang berlangsung meriah di Hotel Concorde di sini malam kelmarin.

Bertemakan 'Glamourous dan Futuristic', majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Hussamuddin dalam ucapannya meminta agar semua kakitangan Sinar Harian terus memberikan khidmat terbaik bagi memastikan akhbar itu terus kekal relevan dalam kalangan pembaca Malaysia.

Menurutnya, Sinar Harian ketika ini berada di landasan tepat meskipun kebanyakan syarikat media di Malaysia berdepan cabaran besar.

"Saya yakin masa depan Sinar Harian untuk terus kekal relevan, tapi dengan syarat kita semua kena bekerja keras.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua urusetia dan kakitangan yang berusaha menjayakan majlis malam ini," katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali; Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd, Azizi Fickry dan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim.

Artikel Berkaitan: