X

Kindly register in order to view this article
!

Dewan Perwakilan AS undi pecat Trump

Donald Trump
A
A

WASHINGTON - Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah dipecat Dewan Perwakilan, sekali gus menetapkan perbicaraan di Senat yang akan menentukan sama ada beliau akan kekal di Rumah Putih atau tidak.

Dewan Perwakilan semalam mengundi terhadap dua pertuduhan yang mendakwa Trump menyalahgunakan kuasa dan menghalang siasatan Kongres.

Undi terhadap Artikel pertama, penyalahgunaan kuasa diluluskan dengan 230-197 manakala dakwaan kedua melibatkan menghalang siasatan Kongres memperoleh 229-198 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti Trump minta 'bantuan' Presiden Ukraine

Ketika proses undian itu dibuat, Trump dilaporkan sedang berucap dalam kempen pilihan raya di Better Creek, Michigan.

Sementara itu, Rumah Putih dalam satu kenyataan memaklumkan Trump yakin beliau akan dilucutkan jawatan dalam perbicaraan Senat.

Sebelum ini, hanya dua bekas Presiden AS, Andrew Johnson dan Bill Clinton pernah berdepan perbicaraan Senat. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!