X

Kindly register in order to view this article
!

Siswa UiTM cipta teknologi Raptor 01 bersihkan sungai

Rafidah (duduk depan, tudung berwarna kelabu) bersama kumpulan EMD6M2A.
A
A

SHAH ALAM - Video tular seorang mahasiswa mengendalikan sebuah jentera atau mesin pembersihan sungai mencuri perhatian netizen.

Rafiah Bazlaa Rahman, 24, berkata, teknologi yang dibangunkan bersama 29 siswa di bawah kumpulan EMD6M2A itu diberi nama Hydro Waste Collector (Raptor 01).

Raptor 01 tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan 'Interceptor 002' yang mula beroperasi di Sungai Klang sejak Ogos lalu kerana objektifnya adalah memulihara sungai dan laut yang menggunakan tenaga manusia untuk bergerak.

Kata Rafidah, idea ini tercetus dari kerjasama ahli kumpulan dan mendapat galakan dari supervisor Dr Bibi Intan Suraya Murat.

"Kami memilih tajuk berkaitan masalah pencemaran dan isu pencemaran sungai pastinya mendapat perhatian kami.

"Melihat kebanyakan sungai di negara ini dipenuhi sampah, dan secara kebetulan 'Interceptor 002' dilancarkan oleh kerajaan Selangor bagi membersihkan sungai Klang. Maka dari sumber inspirasi itu lah kami mencipta teknologi Raptor 01.

"Projek ini mempunyai kelebaran sepanjang 2.4 x 1.2m dan berat ialah 170kg. Teknologi yang dibangunkan ini mampu mengutip sampah terapung di sungai untuk sekali pengendalian sebanyak 15kg," katanya kepada Sinar Harian.

Projek Hydro Waste Collector (Raptor 01) bertujuan membersihkan sungai dan laut.
Projek Hydro Waste Collector (Raptor 01) bertujuan membersihkan sungai dan laut.

Dalam pada itu Rafidah juga mendedahkan kaedah penggunaan Raptor 01 adalah dengan mengayuh pedal bagi menggerakkan mesin ke depan dan ke belakang.

"Buat masa ini hanya seorang sahaja yang boleh kendalikan mesin ini. Pergerakan ke kiri dan ke kanan dikawal oleh 'rudder' di belakang mesin. Untuk pergerakan sampah ke dalam tong pula dikawal oleh conveyer yang bergerak menggunakan motor," katanya.

Menurutnya, projek tersebut juga salah satu cabang untuk mendidik sikap tanggungjawab masyarakat kepada alam sekitar.

"Selain dapat mencipta satu kemudahan bagi pembersihan sungai kita, kami juga dapat memberi satu mesej kepada rakyat Malaysia bahawa pentingnya menjaga kebersihan sungai apabila ciapan di Twitter saya menjadi tular.

"Kami juga berjaya menyuntik semangat semua untuk berusaha dalam mencipta pelbagai kemudahan kepada komuniti bagi mengatasi masalah masalah pencemaran yang ada pada waktu sekarang.

"Ini kerana kesannya pada masa akan datang, kita berkemungkinan bakal terdedah dengan pelbagai jenis penyakit atas kekotoran yang ada, alam sekitar juga tidak mungkin akan sebersih seperti sebelum ini jika tidak dijaga dengan baik," ujarnya.

Projek Hydro Waste Collector (Raptor 01) bertujuan membersihkan sungai dan laut.
Projek Hydro Waste Collector (Raptor 01) bertujuan membersihkan sungai dan laut.

Jelas mahasiswa dari jurusan kejuruteraan mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, projek itu melibatkan pembangunan, penyelidikan dan kejuruteraan dalam membangunkan teknologi tersebut dibawah subjek Mechanical Engineering Design.

Dalam pada itu, ketika ditanya harapan kepada projek tersebut, Rafidah berharap agar dapat berkolaborasi dengan pihak lain untuk menambah baik projek sedia ada dan mencipta Raptor 02 sekali gus boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Sebelum ini, Rafidah memuat naik klip video berdurasi 17 saat di Twitter miliknya memaparkan teknologi Raptor 01 sedang diuji di kolam renang yang menarik perhatian netizen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!