25 mangsa banjir baharu di Mentakab

563868
563868
A
A
A

KUANTAN - Seramai 25 penduduk dari lima keluarga dari Kampung Batu Kapor, Mentakab menjadi mangsa banjir baharu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Batu Kapor.

Berdasarkan InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,030 mangsa daripada 264 keluarga masih berada di sembilan PPS di tiga daerah terjejas iaitu Rompin, Temerloh dan Bera direkodkan sehingga jam 10.50 pagi

Daerah Rompin masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 980 orang daripada 253 keluarga membabitkan tujuh PPS.

PPS SK Pianggu pula menempatkan 283 mangsa daripada 82 keluarga, SK Sarang Tiong (214 mangsa dari 45 keluarga), PPS Kampung Setajam (187 mangsa dari 51 keluarga), Balai Raya Kampung Rekoh (122 mangsa dari 33 keluarga), Bukit Serok (92 mangsa dari 21 keluarga), Balai Raya Kampung Denai (49 mangsa dari13 keluarga) dan Bukit Lepas (33 mangsa dari lapan keluarga).

Di daerah Bera, 25 mangsa dari enam keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Pasal.

Sementara itu, paras air Sungai Lepas di Stesen Jambatan Gelugor di sini melepasi paras amaran apabila merekodkan bacaan 29.35 meter.

Turut melepasi paras amaran, Sungai Triang dengan bacaan 33.83 meter berbanding paras amaran, 33.80 meter sehingga jam 8 pagi tadi.

Sehingga kini, dua laluan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu, jambatan Lubuk Batu di Rompin yang dilimpahi air sedalam 3.70 meter dan Jalan Sungai Yap - Pasir Tambang di Jerantut dengan kedalaman air 0.35 meter.

Artikel Berkaitan:

Di Nalan Maran - Jerantut Benta (kuil), Jalan Maran - Jerantut Benta (simpang Liyana Tomyam), di Maran, Jalan Ulu Retang- Merting (Ladang Sawit Air Hitam) di Jerantut dan Jalan Kemayan - Tembangau di Bera ditutup kepada kenderaan ringan.