KPM sedia ikut SOP jika banjir berlarutan

Maszlee melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, hari ini.
Maszlee melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, hari ini.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) di sekolah jika berhadapan banjir berlarutan sehingga berakhir musim cuti persekolahan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihak sekolah mempunyai SOP bagaimana menghadapi situasi berkenaan

"Setiap sekolah ada SOP yang ditetapkan dan Parlimen Simpang Renggam sentiasa bersiap sedia melalui ahli majlis, majlis pengurusan komuniti kampung ( MPKK) dan ketua kampung yang bekerja 24 jam.

"Melalui kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat, kita cuba sebaik mungkin untuk kebajikan mangsa banjir," katanya ketika melawat 181 mangsa dari 51 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Linau di sini hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian sebagai mengulas persediaan pihak sekolah di bawah KPM yang dijadikan PPS yang dijangka berlarutan hingga Januari.

Di Johor, seramai 8,527 mangsa banjir masih ditempatkan di 89 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan lapan daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Pontian dan Segamat.

Maszlee melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, hari ini.
Maszlee melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, hari ini.

Artikel Berkaitan: