Kecilkan bilangan murid dalam satu kelas

guru
guru
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan disarankan memandang serius soal bilangan pelajar dalam bilik darjah.

Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Saedah Siraj berkata, purata bilangan murid dalam sebuah kelas hari ini seramai 45 orang.

"Kementerian perlu kecilkan bilangan pelajar dalam kelas, kadar guru dengan murid itu.

"Rata-rata sebuah kelas 45 orang, keberkesanan pengajaran itu kurang. Sebaiknya sebuah kelas 25 hingga 30 orang murid sahaja," katanya pada Wacana Sinar ke-84 bertajuk 'Pendidikan Rendah : Apa Yang Masih Kurang?, hari ini.

Menurutnya, kementerian perlu mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah guru.

"Katanya guru sudah cukup tapi kita sebenarnya perlukan (lagi).

"Mungkin dalam lima kilometer sebuah sekolah jadi boleh 25 murid seorang guru," katanya.

Artikel Berkaitan: