Bapa saya bukan seorang pembunuh, kata anak Najib

Status akaun Instragram anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib hari ini.
Status akaun Instragram anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib menegaskan tuduhan terbaharu yang mengaitkan bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai fitnah.

Beliau yang tampil mempertahankan bapanya juga menyifatkan dakwaan terbaharu terhadap bapanya sebagai pembohongan.

"Bapa saya bukan seorang pembunuh," terangnya dalam status akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Nooryana Najwa lagi, dia telah menghabiskan masa dua jam untuk mendengar ucapan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkenaan keperluan pemimpin politik untuk menyedari bahawa mereka berada dalam kedudukan itu untuk buat kerja dan bekerja untuk rakyat.

"Kemudian saya pulang ke rumah untuk menyaksikan dakwaan fitnah yang keterlaluan oleh pihak tertentu. Dan siapakah yang menjadi mangsa terbesar dalam semua permainan yang tidak pernah berakhir dengan pengkhianatan dan fitnah?

"Rakyat, anak-anak kita, cucu kita, adakah kita akan membenarkan pembohongan dan penipuan untuk menjadi satu kejayaan baru di negara kita?," soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Azilah adalah cerita orang terdesak: Najib

Portal Malaysiakini hari ini mendedahkan akuan bersumpah (SD) bekas pegawai polis, Azilah Hadri yang mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya daripada Najib yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan rakan rapatnya, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Artikel Berkaitan:

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya keadilan dapat ditegakkan.