10 terkorban kilang kipas terbakar

Kebakaran kilang kipas di Gazipur mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa.
Kebakaran kilang kipas di Gazipur mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa.
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kilang kipas berhampiran ibu negara Bangladesh semalam.

Pegawai polis tempatan, Jabedul Islam berkata, anggota bomba membawa keluar 10 mayat selepas kebakaran memusnahkan kilang tiga tingkat di Gazipur dekat pinggir Dhaka.

"Punca kebakaran dan jumlah sebenar pekerja yang berada dalam kilang terbabit ketika kebakaran berlaku masih belum dapat dipastikan.

"Pasukan bomba masih melakukan usaha mencari di dalam kilang," katanya sambil menambah bomba mengambil masa selama dua jam untuk memadamkan api.

Kejadian terbaharu itu berlaku empat hari selepas sebuah kilang plastik yang beroperasi tanpa izin kerajaan di luar Dhaka terbakar dan meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa.

Difahamkan, kemalangan kilang seperti itu yang kebanyakannya beroperasi secara tidak sah dan tanpa langkah keselamatan yang betul biasa berlaku di Bangladesh.

Pada 2013, kilang Rana Plaza runtuh dan mengorbankan lebih 1,100 pekerja dan kebakaran di sebuah kilang kain pada 2012 turut menyebabkan seramai 112 orang terbunuh. - Agensi

Artikel Berkaitan: