Dua wanita cedera ditimpa runtuhan bangunan

Rakaman kejadian itu turut menjadi tular di media sosial.
Rakaman kejadian itu turut menjadi tular di media sosial.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Dua wanita cedera selepas bangunan komersial yang dalam proses untuk dirobohkan runtuh separuh dalam kejadian di Bangkok, semalam.

Sopita Thongkerd, 23, dan Napaporn Seiboonreung, 54, ditimpa runtuhan bangunan empat tingkat di Ramkamhaeng Road.

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan beberapa pejalan kaki lari bertempiaran menyelamatkan diri dengan debu tebal memenuhi permukaan udara di kawasan itu.

Seorang wanita dilihat memegang kepalanya dengan kesan darah membasahi baju dan tangannya manakala seorang lagi mangsa terbaring di atas jalan dengan kepala berlumuran darah.

Polis percaya kejadian runtuhan itu berlaku kerana kerja perobohan yang sedang giat dilakukan. - CNA

Artikel Berkaitan: