X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran hujan lebat di Pahang dan Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka berlaku di Pekan, Pahang serta Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Sementara itu, angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) juga dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dengan ombak mencapai 3.5 meter.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama