Kren tumbang: Empat warga Indonesia termasuk seorang bayi cedera

Kedudukan kren tumbang menutup jalan dan menghempap sebuah kedai di Bandar Baru Sentul hari ini.
Kedudukan kren tumbang menutup jalan dan menghempap sebuah kedai di Bandar Baru Sentul hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Seramai empat warga Indonesia termasuk seorang bayi berusia tiga bulan cedera dalam kejadian kren tumbang di Bandar Baru Sentul di sini sebentar tadi.

Sekurang-kurangnya sebuah kedai dan beberapa kenderaan musnah dihempap kren tersebut.

Kren digunakan bagi sebuah projek perumahan bertingkat di kawasan berkenaan itu tumbang melintangi jalan menyebabkan laluan terhalang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Othman Abu Bakar berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 6. 34 petang melibatkan insiden kren tumbang sehingga menutup jalan.

Antara kereta yang rosak dihempap kren tumbang di Bandar Baru Sentul hari ini.
Antara kereta yang rosak dihempap kren tumbang di Bandar Baru Sentul hari ini.

"Terdapat empat mangsa terlibat terdiri seorang lelaki dewasa, dua wanita serta seorang bayi lelaki berumur tiga bulan mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: