Masjid mewah dalam hutan

Masjid tersergam indah dibina dalam hutan tular di laman sosial.
Masjid tersergam indah dibina dalam hutan tular di laman sosial.
A
A
A

SULAWESI - Laman sosial heboh penemuan sebuah masjid gah di dalam sebuah hutan hingga menjadi perbincangan rakyat dari pelosok daerah di sini.

Pendedahan itu dimuat naik di Facebook Luchyana Make Up memaparkan rombongan masyarakat telah berkunjung ke lokasi tersebut.

Video berdurasi 14 minit itu menunjukkan mereka menaiki sebuah kenderaan, perlu melalui jalan tanah dengan penuh batuan, menempuh jalan sempit dikelilingi hutan sebelum tiba ke lokasi.

Dari kejauhan, bangunan masjid cukup megah sudah jelas kelihatan dan mereka kagum keindahan masjid yang berada di tengah hutan itu.

Mereka sama sekali tidak percaya, namun itulah hakikatnya apabila masjid itu tersergam indah diselaputi kubah berwarna emas.

Bagaimanapun, mereka tidak berjaya memasuki ke dalam masjid kerana berkunci hanya berlegar di luar masjid untuk menikmati keindahan ciptaan manusia.

Penemuan sebuah masjid gah di dalam sebuah hutan hingga menjadi perbincangan rakyat dari pelosok daerah di sini.
Penemuan sebuah masjid gah di dalam sebuah hutan hingga menjadi perbincangan rakyat dari pelosok daerah di sini.

Meskipun video itu dimuat naik di laman sosial pada akhir bulan lalu, namun sehingga kini video tersebut mencuri perhatian netizen, mencecah lebih 1.4 juta.

Artikel Berkaitan:

Memetik TrinunTimur, masjid itu dibina oleh seorang pengusaha kopi yang terkenal di sini.

Lokasi masjid mewah adalah di Kampung Langkoa, Desa Bontoloe, Kecamatan Bontolempangan, Gowa, Sulawesi Selatan.

Masjid tersebut dibina sekitar lima tahun yang lalu dan dibina untuk kemudahan para pekerjanya beribadah terutama masyarakat kampung Langkoa ekoran kedudukan ladang jauh dari bandar.

Berdasarkan kisah daripada penduduk, sebelum masjid dibina, lokasi masjid adalah tempat pemujaan.

Bagi menggelakkan orang ramai memuja batu besar di lokasi itu, pengusaha kopi akhirnya telah memusnahkan batu berkenaan lalu membina sebuah masjid yang indah.

Perjalanan menuju Masjid tengah hutan

Posted by Luchyana Make Up on Saturday, November 23, 2019