Remaja maut jatuh lombong

Mayat mangsa berjaya ditemui pagi tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Mayat mangsa berjaya ditemui pagi tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

CYBERJAYA - Seorang remaja, Muhammad Zulhakimi Muhammad Zahari, 16, maut setelah terjatuh dalam lombong berhampiran Taman Putra Rista Villa di sini lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 6.02 petang.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dengan kekuatan seramai 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai terjatuh dalam lombong ketika bermain bersama rakan di atas bot di lombong tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, mangsa dijumpai jam 6.03 pagi tadi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Pihak bomba menjalankan operasi mencari mangsa di lokasi kejadian.
Pihak bomba menjalankan operasi mencari mangsa di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: