'Selamat pagi dan jemput masuk'

Paparan Twitter tular di laman sosial.
Paparan Twitter tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selamat pagi dan jemput masuk, ituu kata-kata aluan seorang pemandu bas, Constantine Chaong ketika menerima penumpang setiap hari.

Perkara itu juga dikongsi pelayar Twitter @_muzaimah apabila teruja bertemu seorang pemandu bas yang baik hati dan peramah.

"Hello adik sihat ke, nak pergi mana. Dia menyambut saya, inilah pemandu bas RapitKL yang baik pernah saya jumpai," ciapnya sebelum tular di laman sosial.

@_muzaimah turut membuat naik klip video berdurasi 23 saat hingga meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Kata @susilanabilaa, "Ye!!! pakcik ni baik, perjalanan terakhir bas dalam 11 malam lebih sanggup dia tunggu biar orang tak tertinggal."

"Abang ni bawa bas ni T790 dari Midvalley ke LRT Paramount. Memang semua orang yang naik bas dia akan ditegur dengan kata-kata yang baik. Jarang sangat ada pemandu bas RapidKL macam abang ni," ciap @paizhamid.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah tindakan Constantine ini bukanlah hanya sekadar gimik semata-mata.

Sebelum ini terdapat sebuah pesanan khidmat awam (PSA) tentang kisahnya yang ditayangkan di dalam bas-bas dan LRT milik RapidKL.

Artikel Berkaitan:

Pemandu bas, Constantine Chaong
Pemandu bas, Constantine Chaong

Perkara ini turut disahkan oleh netizen yang sering melihat iklan tersebut di dalam LRT dan perkhidmatan awam lain di bawah Rapid KL.

Menerusi temubualnya dalam iklan tersebut, Constantine mengatakan bahawa jika 100 orang penumpang menaiki bas yang dipandunya, dia akan menyambut dan memberikan ucapan penghargaan kepada kesemua penumpangnya itu.

"Kalau 100 orang yang menaiki bas itu, 100 itulah saya ucapkan selamat pagi dan bila mereka turun dari bas saya akan ucapkan terima kasih.

"Saya percaya ini adalah tanggungjawab saya kepada rakyat Malaysia juga amanah sebagai kapten bas untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang di RapitKL," katanya.

Constantine juga berkongsi kaedah terbaik dalam menangani karenah para pelanggan.

"Kalau orang marah-marah kita, satu sahaja yang saya buat minta maaf," katanya.

Dalam kerjayanya, dia mengutamakan kepuasan apabila penumpang gembira dan sampai ke destinasi dengan selamat.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pihak Rapid KL menerusi laman rasmi Twitter mereka kerana mencari pemandu tersebut dan ingin menyampai pujian para netizen kepadanya.

"Terima kasih atas maklum balas. Min akan share pujian ni kepada team operasi bas utk disampaikan kepada kapten bas tersebut. Terima kasih," ciapnya.

Sehingga kini positing video itu mencecah 330,900 tontonan netizen.