Tun M beri 5 bintang filem Ejen Ali

FILEM animasi Ejen Ali The Movie yang berjaya memungut RM6.4 juta selepas tiga hari tayangan di 162 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak terkecuali, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali apabila berpeluang menonton filem tersebut malam tadi di Pavilion, Kuala Lumpur.
Menerusi entri Instagram rasmi @chedetofficial, Tun Dr Mahathir memuji filem hasil kreatif Wau Animation itu kerana setanding dengan filem keluaran antarabangsa yang menggunakan teknologi tinggi.
"Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan mutu dan kualiti filem ini. Saya bagi lima bintang!," tulisnya.
Perkongsian itu membuatkan rakyat teruja untuk menonton filem tersebut yang bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak tetapi pelbagai peringkat usia.
Sebelum ini, Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta pada hari pertama tayangan pada 28 November lalu.
Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu berkisar perisik kanak-kanak yang ditugaskan agensi Meta Advance Tactical Agency (MATA) sebagai pelindung kota futuristik, Cyberaya daripada ancaman.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmGuru dikejarkan ke hospital selepas rampas objek tajam dibawa pelajar
21 Oktober 2026 02:32pmIsteri orang berbaju tidur seksi dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang
21 Oktober 2026 01:07pmPolis tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
21 Oktober 2026 06:17pmKerajaan arah henti guna aplikasi milik Israel serta-merta
21 Oktober 2026 12:44pm- Iklan -- Iklan -
