Ajal mati lemas jatuh dari jeti

Anggota bomba meredah banjir untuk membantu membawa mayat mangsa ke Balai Polis Mawai malam tadi.
Anggota bomba meredah banjir untuk membantu membawa mayat mangsa ke Balai Polis Mawai malam tadi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki berusia 46 tahun mati lemas selepas dipercayai terjatuh dari jeti di Kampung Baru Mawai di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa dikenali sebagai Mustaffa Ali dipercayai terjatuh dari jeti sebelum ditemukan orang awam kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, perjalanan membawa mangsa ke balai polis tidak kesampaian berikutan laluan utama terputus akibat dinaiki air berikutan banjir di kawasan itu sejak pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Ibrahim Wahid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.47 malam tadi.

Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu membawa mayat berkenaan.

“Mangsa diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan mangsa dibawa keluar oleh pasukan bomba ke Balai Polis Mawai kerana lokasi kejadian dinaiki air.

“Setibanya di Balai Polis Mawai mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: