Apa nasib 'penyokong' Azmin?

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum memutuskan sebarang tindakan terhadap kumpulan pemimpin parti yang memihak kepada Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali susulan parti belum mengadakan mesyuarat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, sekiranya parti mempunyai sebarang pendirian, ia akan dibuat selepas selesai mesyuarat biro politik.

“Buat masa ini masih lagi awal dan tidak dapat dipastikan sama ada tindakan atau sebaliknya.

"Tapi, belum dapat memastikan bila mesyuarat akan diadakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurut Fahmi, sebarang tindakan juga perlu mengikut Perlembagaan parti.

“Sekiranya ada laporan atau aduan dibuat kepada Lembaga Disiplin PKR, maka perkara itu akan diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida, Azmin bersedia dipecat

Anwar terbuka berdamai daripada ambil tindakan disiplin

Artikel Berkaitan:

Saifuddin Nasution bidas pemimpin PKR