USIM terima RM350,000

Kerajaan Negeri Sembilan beri sumbangan RM350,000 kepada USIM bagi menguruskan agenda kesukarelawanan.
Kerajaan Negeri Sembilan beri sumbangan RM350,000 kepada USIM bagi menguruskan agenda kesukarelawanan.
A
A
A
NILAI - Kerajaan Negeri Sembilan memberi sumbangan sebanyak RM350,000 kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjayakan agenda kesukarelawanan di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, USIM membuka ruang dan peluang kepada pembangunan dan kemajuan bernilai tinggi kepada masyarakat setempat khususnya di Nilai.

"Antara projek kesukarelawan yang memberi kesan terhadap masyarakat di sini adalah Jelajah Sukarelawan, Global Islamic Student Outreach (GISCO) dan Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji Anak Baik Lagi Cerdik (PROCAST ABC) yang memberi kesan tersendiri kepada masyarakat di negeri ini.

"Kerajaan Negeri Sembilan berbesar hati menyumbangkan sejumlah RM350,000 yang mana sebanyak RM150,000 untuk projek Jelajah Sukarelawan USIM, PROCAST ABC, RM80,000, GISO RM50, 000, Projek Sekolahku Universitiku RM20,000 dan baki RM50,000 lagi disalurkan kepada projek pengantarabangsaan selain daripada GISO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan dan Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Anak-anak Negeri Sembilan dan Majlis Perwakilan Pelajar USIM di sini semalam.

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Aminuddin berkata, pihaknya berharap dengan bantuan kewangan tersebut, USIM dapat memastikan projek dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Kerajaan Negeri Sembilan akan sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh USIM terutama yang menyumbang kepada pembangunan Negeri Sembilan," katanya.

Dalam pada itu kerajaan Negeri Sembilan turut menyumbang sebanyak RM81,000 kepada 162 orang pelajar di negeri ini berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Artikel Berkaitan: