Lembaga Disiplin PKR belum terima aduan rasmi


Tangkap layar mengenai berita berkenaan. Gambar kecil: Datuk Ahmad Kassim
Tangkap layar mengenai berita berkenaan. Gambar kecil: Datuk Ahmad Kassim
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengkritik kepimpinan parti pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 semalam.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata, pihaknya akan memulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan rasmi.

"Sehingga kini, kami masih belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana pihak," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas penganjuran Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dijadikan platform untuk mengkritik dan melahirkan kekecewaan kepada Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida, Azmin bersedia dipecat

Majlis itu telah dihadiri oleh Mohamed Azmin dan beberapa pimpinan PKR antara Naib-Naib Presiden seperti Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua.

Zuraida dilaporkan berkata, beliau dan Mohamed Azmin sanggup menjadi mangsa korban demi mempertahankan perjuangan parti reformasi itu serta beliau bersedia dipecat ekoran tindakan lantangnya mengkritik Anwar Ibrahim secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tidak hadir hari terakhir kongres PKR?

Mohamed Azmin dan Zuraida katakan tidak menghadiri sesi penggulungan kongres parti yang berakhir semalam.

Artikel Berkaitan: