Tingkat perkhidmatan kaunter setaraf hotel lima bintang

Dari kanan, Edros, Ishak, Pajan dan Emmy Suraya pada majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang sempena kempen promosi TMM 2020 anjuran MyBHA Pahang malam tadi.
Dari kanan, Edros, Ishak, Pajan dan Emmy Suraya pada majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang sempena kempen promosi TMM 2020 anjuran MyBHA Pahang malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) di negeri ini akan memberikan tumpuan terhadap tahap perkhidmatan kaunter mereka setanding hotel bertaraf lima bintang.

Presidennya, Pajan Singh berkata, usaha sesuai dengan hasrat kerajaan menyasarkan 15 juta pelancong tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Menurutnya, MyBHA berusaha memberi taklimat dan pengetahuan terhadap semua ahli supaya mempelajari perkara baharu mengenai industri itu.

"Kita mahu pelanggan tetap memilih hotel bajet sebagai antara destinasi mereka jika melancong ke Pahang," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang sempena kempen promosi TMM 2020 anjuran MyBHA Pahang di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri, Datuk Edros Yahya dan Pengerusi MyBHA Malaysia, Emmy Suraya Hussein.

Gimik pelancaran program perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang.
Gimik pelancaran program perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang.

Sementara itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini berdasarkan rekod dan prestasi kemasukan iaitu seramai 14 juta setakat 30 November lalu.

Menurutnya, sasaran 15 juta pelancong tahun depan mampu dicapai kerana Pahang terkenal dengan destinasi pelancongan popular terutama pantai, lokasi makanan tradisional, pulau dan tanah tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Pahang mempunyai 20 acara mega di peringkat nasional, dua acara akan diadakan di Pahang iaitu Pesta Air Chenor, Maran pada April 2020 dan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) (September 2020).

"Di peringkat Tourism Pahang pula lebih 50 acara bahkan fasiliti dan tahap perkhidmatan hotel seluruh negeri termasuk hotel bajet turut dipertingkatkan menerusi pelbagai inisiatif pengusaha dengan kerjasama Tourism Pahang," katanya.

Ishak ketika berucap pada majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang malam tadi.
Ishak ketika berucap pada majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang malam tadi.

Tambah beliau, Tourism Pahang akan mempertingkatkan promosi di 11 daerah di negeri itu untuk menerima kedatangan pelancong.

"Antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ialah seperti Teluk Cempedak, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Bukit Fraser dan Taman Negara," katanya.