Tingkat perkhidmatan kaunter setaraf hotel lima bintang

Dari kanan, Edros, Ishak, Pajan dan Emmy Suraya pada majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang sempena kempen promosi TMM 2020 anjuran MyBHA Pahang malam tadi.
Dari kanan, Edros, Ishak, Pajan dan Emmy Suraya pada majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang sempena kempen promosi TMM 2020 anjuran MyBHA Pahang malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) di negeri ini akan memberikan tumpuan terhadap tahap perkhidmatan kaunter mereka setanding hotel bertaraf lima bintang.

Presidennya, Pajan Singh berkata, usaha sesuai dengan hasrat kerajaan menyasarkan 15 juta pelancong tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Menurutnya, MyBHA berusaha memberi taklimat dan pengetahuan terhadap semua ahli supaya mempelajari perkara baharu mengenai industri itu.

"Kita mahu pelanggan tetap memilih hotel bajet sebagai antara destinasi mereka jika melancong ke Pahang," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Pahang sempena kempen promosi TMM 2020 anjuran MyBHA Pahang di sini malam tadi.