X

Kindly register in order to view this article
!

Masjid Temerloh Jaya diiktiraf Masjid Cemerlang

Abdullah (kanan) ketika menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
A
A

TEMERLOH - Masjid Temerloh Jaya di sini mengharumkan nama daerah ini apabila diiktiraf sebagai Masjid Cemerlang pada Program Masjid Gemilang Pahang 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini.

Masjid itu meraih pengiktirafan empat bintang bagi kategori Masjid/ Taman/ Felda/Ladang, Masjid Paling Imarah; Masjid Prasarana dan Persekitaran Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM16,000.

Pengerusinya, Dr Abdullah Ismail berkata, walaupun julung kali menyertai program berkenaan, namun kejayaan dan pengiktirafan diterima begitu membanggakan.

Menurutnya, kejayaan dikecapi itu adalah berkat kerjasama semua pihak termasuk jemaah yang banyak memberikan sokongan terhadap aktiviti dijalankan di masjid itu.

Barisan Jawatankuasa masjid itu ceria dengan anugerah dan kejayaan yang ditempa oleh Masjid Temerloh Jaya dalam program tersebut.
Barisan Jawatankuasa masjid itu ceria dengan anugerah dan kejayaan yang ditempa oleh Masjid Temerloh Jaya dalam program tersebut.

"Ini bukan tugas mudah selepas tumpuan dan perhatian diberikan oleh masyarakat dan pelbagai pihak kepada masjid ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 600 jemaah tunai solat Subuh setiap hari

"Banyak yang perlu kita lakukan selepas ini supaya segala usaha dilakukan selama ini diteruskan," katanya.

Masjid Temerloh Jaya sebelum ini tular di media sosial serta dikenali di seluruh negara sebagai masjid paling imarah dan sentiasa dibanjiri ratusan jemaah walaupun pada waktu solat Subuh.

Setiap kali solat Subuh, adakalanya masjid yang mampu memuatkan 800 orang itu tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai sehingga melimpah keluar.

Masjid itu mula dibina pada 2006 dan siap pada 2010 dengan menelan kos RM5 juta.

Diterajui barisan ahli jawatankuasa yang komited, Masjid Temerloh Jaya kini dilihat sebagai contoh terbaik dan menjadi tumpuan pelbagai pihak seluruh negara yang tertarik dengan usaha menyemarakkan masjid tersebut.