Tidak sedia memimpin punca wanita Amanah 'tiada tempat'

Ketua Wanita Parti Amanah, Aiman Ahtirah Al Jundi -Foto Bernama
Ketua Wanita Parti Amanah, Aiman Ahtirah Al Jundi -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kurang kesediaan untuk menggalas tanggungjawab besar menjadi faktor utama yang menyekat peluang para pimpinan wanita di peringkat kawasan dan negeri untuk menonjol ke depan.

Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan), Aiman Athirah Al Jundi berkata, fakta berkenaan perlu diakui oleh wanita Amanah kerana itu realiti yang berlaku hari ini.

"Adakala ruang itu sudah diberikan oleh pimpinan lelaki tetapi wujud penolakan daripada wanita kerana perkara ini.

"Mesej saya kepada teman-teman wanita supaya ambil sikap menambah ilmu kepimpinan dan belajarlah kuasai kemahiran kepimpinan secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Menurutnya, penambahan ilmu serta kemahiran kepimpinan amat penting bagi mendapat sokongan menyeluruh di peringkat cawangan, kawasan dan negeri.

Dalam pada itu, Aiman Athirah turut meminta peluang diberikan kepada pimpinan wanita untuk menjaga 'pejabat parti'.

"Tak payah bolot semua. Kaum lelaki pergilah jaga pejabat menteri, timbalan menteri, pejabat kerajaan, ambil semua tapi... biarkan wanita jaga dan mengurus tadbir pejabat parti," katanya.

Artikel Berkaitan: