Lagu Negaraku perlu dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan: Tun M

Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada majlis Ramah Mesra bersama Jawatankuasa PH dan Ketua-Ketua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkawi hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada majlis Ramah Mesra bersama Jawatankuasa PH dan Ketua-Ketua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkawi hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan lagu Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.

Mengulas mengenai nyanyian lagu tersebut dalam Mandarin, beliau menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Mandarin bagi lagu tersebut bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud lagu berkenaan dan bukannya untuk dinyanyikan dalam bahasa terbabit.

"Ia dimasukkan ke dalam buku dalam bahasa Mandarin sebab nak bagi orang bukan Melayu boleh faham maksud perkataan berkenaan dan bukannya untuk nyanyian," katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Jabatan, Jawatankuasa PH, Ketua-ketua Cawangan PH dan Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkawi di Hotel Adya, Kuah di sini hari ini.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan sekumpulan murid menyanyikan lagu Negara dalam bahasa Mandarin baru-baru ini.

Bagaimanapun, video berkenaan didakwa video lama yang dirakam pada 26 September tahun lalu di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Negaraku versi Mandarin untuk kefahaman murid: KPM

Artikel Berkaitan: