Lagu Teman Sejati semarakkan semangat perwakilan PKR

Anwar dan Dr Wan Azizah menyanyikan lagu Teman Sejati bersama Yasin pada hari terakhir Kongres Nasional PKR ke-14 tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

A
A
A

MELAKA TENGAH - Semangat perwakilan pada hari terakhir Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-14 disemarakkan dengan nyanyian nasyid, Teman Sejati.

Lagu tersebut disampaikan penyanyi, Yasin Sulaiman di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pagi ini.

Lebih menghidupkan suasana apabila perwakilan bangun dan menyanyi bersama sambil menghidupkan lampu telefon bimbit masing-masing, sekali gus 'menerangi' suasana dewan yang dipenuhi lebih 5,000 orang termasuk pemerhati.

Perwakilan turut bangun dan menyanyi lagu Teman Sejati sambil menghidupkan lampu telefon bimbit masing-masing. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Yasin yang turut menyampaikan tiga lagu dimulai Salsabila diikuti Perjuangan dan Reformasi memberitahu perwakilan bahawa lagu Teman Sejati adalah permintaan Pengerusi Penasihat Majlis PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dia kemudian dilihat mempelawa Wan Azizah ke hadapan pentas untuk menyanyi bersama, namun ditolak.

Walaupun demikian, ketika lagu tersebut sedang dinyanyikan, barisan pemimpin utama PKR yang berada di atas pentas tampil menyanyi bersama.

Pengerusi Tetap PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata, lagu berkenaan ternyata menaikkan semangat perjuangan perwakilan.

Artikel Berkaitan: