'Tindakan perwakilan PKR keluar dewan tidak realistik'

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat berkata sesuatu kepada Shamsul sebelum meninggalkan MITC.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat berkata sesuatu kepada Shamsul sebelum meninggalkan MITC.
A
A
A

AYER KEROH – Tindakan perwakilan keluar beramai-ramai adalah satu tindakan yang tidak realistik, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, teguran dilemparkan kepada kepimpinan parti berkenaan sudah menjadi lumrah kerana PKR adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah Putrajaya.

“Soal beberapa teguran dalam kongres itu perkara lumrah. Takkan apabila kita jadi kerajaan, kita nak dengar pujian dan sanjungan perwakilan.

“Kritikan terhadap kita yang menjawat jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri biasa.

“Presiden pun tegur agar perbaiki ekonomi rakyat, membela orang lemah, jangan rasuah dan seleweng serta jaga orang kaya, ini teguran biasa,” katanya yang mengulas pertanyaan media mengenai tindakan perwakilan yang keluar beramai-ramai petang tadi.

Shamsul menyifatkan tindakan perwakilan keluar beramai-ramai adalah satu tindakan yang tidak realistik.
Shamsul menyifatkan tindakan perwakilan keluar beramai-ramai adalah satu tindakan yang tidak realistik.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, perkara itu akan dibawa kepada pengetahuan Jawatankuasa Disiplin PKR untuk tindakan lanjut kerana Kongres Nasional sedang berjalan dan sepatutnya perwakilan menghormatinya.

“Kita tak tahu apa sebab mereka. Parti akan bawa kepada Jawatankuasa Disiplin untuk diteliti. Kita masih berkongres dan perwakilan ada hampir 3,000. Esok akan ada banyak perkara disimpulkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kongres Nasional PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh itu akan berakhir esok.