Kafa intai khidmat Nazrin Nawi

Nazrin Mohd Nawi
Nazrin Mohd Nawi
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesahkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Melaka United, Nazrin Mohd Nawi bagi memperkuatkan The Red Warriors pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman berkata, pemain terbabit berada dalam radar persatuan itu bagi memperkuatkan jentera skuad bimbingan Yusri Che Lah.

"Dia (Nazrin Nawi) dalam senarai kami untuk diumumkan pemain pasukan Kelantan pada 15 Disember ini.

"Nazrin seorang pemain yang mempunyai kualiti dan berpengalaman apabila sebelum ini beraksi bersama pasukan yang besar pada saingan Liga-M seperti Negeri Sembilan, JDT, Perak dan Melaka United.

“Kami berharap perbincangan bersama pemain itu menemui keputusan yang positif," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Kafa dilaporkan sudah mengenal pasti beberapa pemain import dan tempatan untuk memperkuatkan skuad TRW bagi mengharungi saingan Liga Premier musim depan.

Kelantan kekal dalam saingan Liga Premier 2020 selepas menamatkan saingan liga di kedudukan kedua terakhir daripada keseluruhan 11 pasukan pada musim ini. -Bernama

Artikel Berkaitan: