Di mana ibu kandung Mikhail?

Nor Laila bersama Mikhail yang kini berusia 2 tahun 6 bulan.
Nor Laila bersama Mikhail yang kini berusia 2 tahun 6 bulan.
A
A
A

REMBAU - Sepasang suami isteri di Kampung Baru Chengkau di sini mencari ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan yang dijaga mereka bagi membantu urusan pengambilan anak angkat.

Nor Laila Yusof, 50, berkata, dia bersama suami, Mohad Badli Mustapha, 50, menjaga Muhammad Mikhail Arshad Abdullah sejak berusia dua hari bermula 26 Mei 2017 hingga kini.

Menurutnya, ibu kandung Mikhail, Nor Natasha Farieza Abdullah yang juga cucu saudaranya menyerahkan kanak-kanak itu kepadanya untuk dijadikan anak angkat berikutan tidak dapat menjaganya atas masalah peribadi.

Bagaimanapun, mereka kini memerlukan kerjasama ibu kandung Mikhail untuk urusan pengambilan anak angkat.

"Kami hanya ada dua alamat terakhirnya iaitu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Jalan Sungai Kapar Indah, Selangor.

"Namun dia gagal dikesan di dua lokasi terakhir tersebut sehingga mendorong kami meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya," katanya.

Dalam pada itu, Nor Laila berkata, dia bersama suami dan dua anaknya begitu menyayangi Mikhail berikutan kehadirannya menambah keceriaan keluarganya.

"Saya harap jika ibu kandungnya terbaca mengenai berita ini boleh tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rembau atau menghubungi saya di talian 013-6980436," katanya.

Artikel Berkaitan: