Giliran China 'balas dendam'

China mengharuskan diplomat AS memaklumkan kementerian luar terlebih dahulu sebelum bertemu pegawainya.
China mengharuskan diplomat AS memaklumkan kementerian luar terlebih dahulu sebelum bertemu pegawainya.
A
A
A

BEIJING - China dilaporkan mengenakan langkah timbal balik terhadap diplomat Amerika Syarikat (AS) di negaranya apabila mengkehendaki mereka memaklumkan kementerian luar terlebih dahulu sebelum bertemu pegawai tempatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, Beijing memaklumkan kedutaan AS berhubung langkah terbabit Rabu lalu.

Ia merupakan tindakan balas susulan keputusan Washington menyekat diplomat China.

Pada Oktober lalu, AS mengarahkan diplomat China memaklumkan terlebih dahulu Jabatan Negara sebelum mengadakan sebarang pertemuan dengan diplomat AS, pegawai tempatan atau perbandaran dan sebelum melawat mana-mana kolej serta institusi penyelidikan.

"Kami sekali menggesa AS membetulkan kesilapan dan membatalkan peraturan terbabit," kata Chunying dalam satu sidang media semalam.

Menurut Chunying, diplomat AS perlu menyampaikan makluman awal kepada Kementerian Luar dalam tempoh lima hari bekerja.

Sementara itu, Washington menggelar langkah tersebut sebagai 'langkah timbal balik' dan pegawai kanan Jabatan Negara turut memaklumkan kesukaran diplomat AS untuk bertemu pelbagai lapisan pegawai China susulan langkah itu.

Kedutaan AS di Beijing bagaimanapun dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung isu terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: