Bukan halang ambulans tapi bantu 'buka jalan'

Sedutan rakaman video tular melibatkan konvoi kenderaan menteri di Jalan Istana di sini hari ini.
Sedutan rakaman video tular melibatkan konvoi kenderaan menteri di Jalan Istana di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan menafikan laporan yang tular di media sosial mendakwa konvoi Menteri Wilayah Persekutuan menghalang laluan sebuah ambulans di Jalan Istana di sini.

Pejabat Menteri berkenaan dalam satu kenyataan berkata, kejadian pada jam 9.15 pagi Rabu lalu itu berlaku semasa keadaan trafik sesak.

Menurutnya, pengiring kenderaan rasmi menteri bertindak memotong ambulans berkenaan bagi membuka laluan melepasi kesesakan itu.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan ambulans dan kenderaan menteri melepasi kesesakan itu.

Terdahulu, laman sosial Facebook, UMNO Bahagian Kulai berkongsi video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah ambulans mengubah haluan ke kiri bagi membolehkan konvoi kereta menteri melepasi jalan sesak.

"Ambulans pun kena bagi jalan pada menteri PH tau. Menteri PH lagi besar dari ambulans yang kecemasan dalam perjalanan ke hospital.Tak percaya? Tengok video ni," berkongsi status tersebut.

Ambulans di lorong kiri bagi membolehkan kenderaan menteri melepasi jalan sesak.
Ambulans di lorong kiri bagi membolehkan kenderaan menteri melepasi jalan sesak.

Artikel Berkaitan: