Snuker sumbang emas, ubati duka di Kuala Lumpur

Pemain snooker beregu negara, Kok Leong (kiri) dan Keen Hoo menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka selepas menewaskan beregu Filipina Barbero dan Roda Jefrey dalam acara beregu lelaki pada Sukan SEA di Hotel Manila Tent hari ini. Foto: Bernama
Pemain snooker beregu negara, Kok Leong (kiri) dan Keen Hoo menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka selepas menewaskan beregu Filipina Barbero dan Roda Jefrey dalam acara beregu lelaki pada Sukan SEA di Hotel Manila Tent hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KEGAGALAN meraih pingat emas dalam acara snuker beregu lelaki dua tahun lalu berjaya ditebus gandingan negara, Moh Keen Hoo/Lim Kok Leong dalam Sukan SEA ke-30.

Keen Hoo dan Kok Leong mengesahkan pingat emas selepas menewaskan wakil tuan rumah Alvin Barbero/Jefrey Roda, 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Manila Hotel Tent, di sini hari ini.

Gandingan negara yang mempamer aksi kelas tersendiri, jelas bukan tandingan pada dua permainan awal apabila merakam kemenangan mudah (97-12, 72-4).

Momentum itu bagaimanapun gagal diteruskan, sewaktu permainan ketiga selepas mereka tewas (8-70) kepada wakil tuan rumah.

Pemain negara bagaimanapun bangkit dengan susunan strategi lebih kemas pada permainan keempat untuk melakar kemenangan bergaya (71-16) sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama bagi acara snuker untuk temasya kali ini.

"Rasa amat gembiralah sebab untuk saya sendiri dah banyak kali main di Sukan SEA, tetapi banyak juga yang terlepas dari dapat emas, tetapi kali ni berjaya dapat balik."

Dalam dua permainan awal tu, saya kena jaga permainan lawan saya sebab mereka baru sahaja muncul naib juara kejohanan dunia, jadi strategi saya ialah jaga mereka dan beri peluang kepada rakan sepasukan saya menjalankan tugasnya untuk mengutip mata," kata Keen Hoo kepada media sejurus tamat perlawanan.

Kejayaan diraih Keen Hoo itu menyaksikan beliau mengubati dukanya yang sebelum ini sekadar meraih pingat gangsa dalam acara sama, ketika bergandingan dengan Thor Chuan Leong di Kuala Lumpur dua tahun lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: