Konflik tidak jejaskan peralihan kuasa, kata Anwar

Anwar ketika wawancara eksklusif dengan Sinar Harian di Bangunan Parlimen di sini semalam. - Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
Anwar ketika wawancara eksklusif dengan Sinar Harian di Bangunan Parlimen di sini semalam. - Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Konflik yang dikatakan berlaku antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menjejaskan peralihan kuasa.

Anwar berkata, beliau tidak terkesan dengan perkara tersebut kerana dalam konteks dan proses peralihan tampuk kepimpinan negara adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Hara-pan (PH).

“Dalam konteks dan proses (penyerahan jawatan Perdana Menteri), itu keputusan PH, tidak langsung berbangkit soal calon lain.

“Akhirnya, perkara itu bergantung keputusan ahli Parlimen yang (memberi sokongan) majoriti. Setakat ini saya tidak lihat ada perubahan (sokongan).

“Bagi saya yang penting, dalam kerja tidak boleh terlalu taksub dan ghairah dengan masalah peralihan jawatan Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin termasuk Mohamed Azmin mengambil pendirian menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

ARTIKEL BERKAITAN: Kongres Nasional PKR jadi tumpuan, medan selesai 'kemelut'

Artikel Berkaitan: