AWAN Nasional kemuka lima calon AJK pimpinan nasional

Aiman Athirah (tengah) sewaktu sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini menunjukkan poster lima calon pimpinan wanita dikemukakan bagi mengisi barisan 27 AJK Pimpinan Nasional sesi 2019-2021.
Aiman Athirah (tengah) sewaktu sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini menunjukkan poster lima calon pimpinan wanita dikemukakan bagi mengisi barisan 27 AJK Pimpinan Nasional sesi 2019-2021.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Dr Siti Mariah Mahmud antara lima nama pimpinan wanita yang dikemukakan AWAN Nasional bagi mengisi barisan 27 ahli jawatan Kuasa (AJK) pimpinan nasional sesi 2019-20121.

Ketua AWAN Nasional, Senator Aiman Athirah Al-Jundi berkata, keputusan itu hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AWAN Nasional pada 1 Disember lalu dan empat lagi pimpinan wanita dicadangkan ialah Ketua Amanah Kawasan Rembau, Norwani Ahmat; Norhayati Bidin, Mariam Abdul Rashid serta Aida Yusuf Rawa.

"Kesemua calon ini punyai pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang yang mampu mengangkat parti Amanah ke tahap lebih cemerlang.

"AWAN Nasional letakkan sepenuh harapan kepada setiap perwakilan agar dapat memilih kelima-lima calon Pimpinan AWAN Nasional ini sebagai tanda pengiktirafan kepada partisipasi wanita dalam kepimpinan politik tanah air.

"Lima daripada 27 AJK ini hanyalah bersamaan 18.5 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan yang akan dipilih dalam Konvensyen Nasional 2019 nanti," katanya pada sidang media di Wisma Negara di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam Konvensyen AWAN Nasional lalu juga, perwakilan secara sebulat suara bersetuju menamakan Dr Siti Mariah sebagai Pimpinan Wanita yang akan mengisi salah satu jawatan naib presiden bakal dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional akan datang.

Katanya lagi, ia selaras dengan semangat awal ketika peruntukan ini dimasukkan ke dalam perlembagaan parti pada awal penubuhannya dan beliau sendiri antara individu yang turut terlibat ketika itu.

"AWAN Nasional juga menawarkan sekurang-kurangnya dua lagi pimpinan wanita untuk berada dalam pasukan Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Amanah Nasional bagi membantu dalam urusan pentadbiran Wisma Amanah Negara.

Artikel Berkaitan:

"Kita yakin dan percaya berdasarkan kemahiran dan komitmen tinggi dimiliki setiap calon akan dapat membantu pastikan urusan pentadbiran parti berjalan lancar dengan lebih efektif dan sistematik," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memaklumkan AWAN Nasional telah mengangkat empat usul ke Konvensyen Nasional 2019 iaitu menggesa kerajaan bendung penyebaran politik kebencian agama dan kaum, gesa kerajaan mansuh ujrah berganda pinjaman Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional, kerajaan kaji semula situasi kemiskinan serta kepimpinan wanita untuk semua.

Sementara itu, untuk info seramai 925 perwakilan akan mengundi bagi memilih 27 AJK daripada 87 calon pada Konvensyen Nasional Amanah 2019 pada 6 hingga 8 Disember ini di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.