Pemuda tak setia tak boleh jadi calon PRU, kata Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi berucap pada majlis makan tengah hari bersama Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi berucap pada majlis makan tengah hari bersama Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis Pemuda UMNO yang setia akan menjadi keutamaan untuk diangkat sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertimbangan juga termasuk dengan aktivis media sosial yang telah memanfaatkan medium komunikasi berkenaan.

"Kita akan ketengahkan pemuda terutamanya yang setia. Kalau tak setia, bagus pun tak boleh jadi calon," katanya kepada pemberita ditemui selepas Makan Tengah Hari Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Majlis tersebut sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, beliau yakin sudah tiba masanya untuk tokoh-tokoh muda yang taat setia dengan parti diketengahkan.

Katanya, golongan tersebut telah menggunakan medium komunikasi sama ada secara bersemuka dan 'non verbal communication'.

"Saya akan meneliti aktivis-aktivis pemuda untuk diketengahkan dan memberi keutamaan kepada yang taat setia kepada parti dan tidak goyang walaupun ada angin ribut dari dalam atau luar.

"Saya yakin inilah ketikanya kita harus ketengahkan mereka dan antara di kalangan kita yang menjadi aktivis media sosial juga akan turut diambil kira," katanya.

Artikel Berkaitan: