Wanita maut teksi terbabas

Kejadian berlaku di kilometer 259 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Port Dickson awal pagi tadi.
Kejadian berlaku di kilometer 259 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Port Dickson awal pagi tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita warga Myanmar maut selepas teksi jenis Proton Waja yang dinaiki terbabas di kilometer 259 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Port Dickson awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Afizan Omar berkata, kemalangan pada jam 3.20 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi mangsa cedera iaitu pemandu teksi dan dua lagi wanita warga Myanmar.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Pain Thay, 36, tersepit antara pembahagi jalan dengan bahagian penumpang belakang manakala mangsa yang cedera iaitu pemandu teksi, M Ramesh, 53, penumpang Phyu Phwe, 31, dan Wai Mai Myint, 36.

"Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar. - Bernama

Artikel Berkaitan: