Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2019 meriah

Peserta Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2019 merakamkan gambar bersama selepas kejohanan tersebut.
Peserta Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2019 merakamkan gambar bersama selepas kejohanan tersebut.
A
A
A

PETALING JAYA - Daikin Malaysia menganjurkan Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2019 bertujuan menarik penyertaan bakat baharu dari seluruh Asia dalam sukan berkenaan baru-baru ini.

Kejohanan empat hari yang berakhir pada Jumaat lalu itu merupakan kerjasama di antara bekas pemain beregu negara, Chan Chong Ming dan Pioneer Sports Management.

Pengurus Besar Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Lawrence Song berkata, kejohanan itu bukan sahaja menjadi platform kepada bakat baharu untuk bersaing di peringkat lebih tinggi malah pihaknya turut memberi sumbangan RM15,000 membabitkan tiga rumah kebajikan kanak-kanak terpilih.

“Kita membuat keputusan memberi sumbangan berkenaan kerana kejohanan ini hanya membabitkan pembangunan generasi muda.

“Melalui sumbangan ini, kanak-kanak tersebut dapat membudayakan sukan dan menjalani hidup sihat di tempat mereka selepas ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Difahamkan, tiga rumah kebajikan yang terpilih yang menerima sumbangan itu ialah Hiichiikk Foundation Children Home, Rumah Safiyyah dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse.

Artikel Berkaitan: