Mangsa banjir di Kelantan cecah 13,000 orang

Keadaan paras air di Rantau Panjang.
Keadaan paras air di Rantau Panjang.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,592 orang melibatkan 4,839 keluarga yang dipindahkan ke 66 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 6 petang tadi.

Berdasarkan portal ebanjir.kelantan.gov.my, jajahan yang terjejas adalah di Bachok, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Pertambahan paling ketara berlaku di Pasir Mas dengan 9,309 mangsa melibatkan 3,585 keluarga berada di 29 PPS.

Di Tumpat pula, tiga lagi PPS baharu dibuka hari ini menjadikan keseluruhan enam PPS yang menempatkan seramai 1,938 mangsa daripada 649 keluarga.

Keadaan laluan berhampiran Sungai Golok di Rantau Panjang.
Keadaan laluan berhampiran Sungai Golok di Rantau Panjang.

Di Kuala Krai, seramai 735 mangsa daripada 165 keluarga masih berada di lapan PPS, Bachok 172 mangsa (39 keluarga) berada di dua PPS, manakala Machang 140 mangsa (38 keluarga) ditempatkan di tiga PPS dan Jeli semua mangsa banjir dibenarkan pulang.

Di Kota Bharu pula seramai 284 orang (84 keluarga) dihantar ke empat PPS, Tanah Merah 359 orang (108 keluarga) berada di tujuh PPS manakala Pasir Puteh sebanyak 177 keluarga melibatkan 666 mangsa ditempatkan di tujuh PPS.

Sementara itu, bagi paras air pula hanya dua sungai yang masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras 10.40 meter (bahaya 9m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula 3.30m (bahaya 2.50m).

Artikel Berkaitan:

Empat sungai yang melepasi paras berjaga-jaga ialah Sungai Golok di Jenob, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja dan Sungai Lebir di Tualang.

Jumlah mangsa mengikut daerah:

Pasir Mas: 9,309 orang (3,585 keluarga)

Tumpat: 1,938 orang (649 keluarga)

Kuala Krai: 735 orang (165 keluarga)

Bachok: 172 orang (39 keluarga)

Machang: 140 orang (38 keluarga)

Kota Bharu: 284 orang (84 keluarga)

Tanah Merah: 359 orang (108 keluarga)

Pasir Puteh: 666 orang (177 keluarga)