Anwar berhak jumpa sesiapa sahaja ahli PKR

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak perlu timbul istilah ‘orang tengah’ memandangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh berjumpa dengan sesiapa sama ada para pemimpin atau ahli parti di peringkat akar umbi.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, tiada sesiapa yang boleh menghalang mana-mana ahli untuk berjumpa dengan Anwar kerana beliau merupakan individu yang layak atas kapasitinya sebagai orang nombor satu parti.

“Saya tidak nampak isu atau orang tengah untuk mendamaikan sesiapa kerana benda ini bukan perselisihan antara dua pemimpin tetapi pokok utama adalah menghormati peraturan parti.

“Kalau hormati parti dengan datang mesyuarat, selesai semua masalah. Sebaliknya, mesyuarat setahun tidak hadir, selepas itu keluar kenyataan berlawanan dengan keputusan parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai wujud usaha untuk menggerakkan perdamaian antara Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar nafi wujud usaha damai dengan Azmin

Artikel Berkaitan: