Malaysia kembali hidupkan peluang

Pemain Malaysia, Hadi Fayyadh Abdul Razak ketika mengasak pemain Timor Leste Frangcyatma Alves Ima Kefi pada acara bola sepak lelaki perlawanan peringkat kumpulan sempena Sukan SEA ke-30, di Rizal Memorial Stadium hari ini. -Foto Bernama
Pemain Malaysia, Hadi Fayyadh Abdul Razak ketika mengasak pemain Timor Leste Frangcyatma Alves Ima Kefi pada acara bola sepak lelaki perlawanan peringkat kumpulan sempena Sukan SEA ke-30, di Rizal Memorial Stadium hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee menghidupkan peluang untuk terus bersaing dalam Kumpulan A bagi merebut peluang mara ke separuh akhir Sukan SEA 2019 apabila mudah membenam Timor Leste 4-0 di Stadium Rizal Memorial, Manila, malam ini.

Jaringan pertama hadir seawal minit ke empat apabila serangan bertali arus Malaysia seawal perlawanan menyebabkan pemain Timor Leste melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri.

Keputusan Kim Swee menyenaraikan Luqman Hakim Shamsudin turun sebagai kesebelasan utama satu langkah tepat apabila beliau dilihat banyak membuat larian dan peluang menjaringkan gol.

Penyerang, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak menggandakan jaringan pada minit ke-33 dan 43 menyuntik semangat pasukan negara untuk mengasak pasukan kubu pertahanan pasukan lawan.

Kemasukan pemain sayap, Akhyar Rashid pada babak kedua memberikan kelebihan buat skuad negara apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-80.

Disebalik kemenangan itu, Kim Swee perlu memperbaiki kelemahan ketara pasukan Malaysia terutama di bahagian tengah yang kerap kehilangan bola dan hantaran kurang kemas pemain bagi menghadapi pertemuan terakhir kumpulan bertemu Kemboja pada Rabu ini.

Artikel Berkaitan: