Graduan politeknik maut nahas tiga kenderaan

Keadaan salah sebuah kenderaan yang remuk selepas terlibat kemalangan. - Foto JBPM
Keadaan salah sebuah kenderaan yang remuk selepas terlibat kemalangan. - Foto JBPM
A
A
A

KUANTAN - Seorang maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 23 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, graduan Politeknik Mersing, Nurul Adibah Razali, 21, maut di tempat kejadian.

Sementara ibu bapa mangsa, Saniah Haron, 65, dan Razali Salim, 61, serta dua lagi pemandu kenderaan berasingan, Wan Mohd Dahamin Wan Muda, 30, dan Mohd Yati Salleh, 26, mengalami kecederaan.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu bapa mangsa dari arah Pekan hilang kawalan lalu berlanggar dengan kenderaan Wan Mohd Dahamin dan Mohd Yati yang datang dari arah Nenasi.

"Razali dilaporkan patah kedua dua belah kaki dan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala Mohd Yati dari Taman Pandan Makmur terseliuh pada leher serta bengkak bahagian lutut kiri dan kanan," katanya hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian keadaan jalan licin dan hujan renyai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Artikel Berkaitan:

Salah satu kenderaan remuk teruk di bahagian hadapan. - Foto JBPM
Salah satu kenderaan remuk teruk di bahagian hadapan. - Foto JBPM