Tiga fokus mantapkan Imigresen

JOHOR BAHRU, 1 Dis -- Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud (tiga, kanan) ketika Ops Gegar oleh pihak Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat hiburan popular di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru malam tadi. Seramai 13 wanita warga Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 25 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHRU, 1 Dis -- Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud (tiga, kanan) ketika Ops Gegar oleh pihak Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat hiburan popular di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru malam tadi. Seramai 13 wanita warga Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 25 tahun ditahan dalam operasi berkenaan. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A
PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menggariskan tiga fokus utama untuk memacu Jabatan Imigresen Malaysia ke arah sebuah pasukan yang bertaraf dunia pada tahun 2020.

Beliau berkata, tiga fokus itu ialah meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter, mempergiatkan operasi membanteras pendatang tanpa izin dan menaik taraf sistem maklumat imigresen yang baharu.

Mengulas mengenai meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter, Khairul Dzaimee berkata,​​​​​ setiap pegawai dan anggota imigresen yang bertugas di setiap pintu masuk negara perlu menjalani latihan penguasaan bahasa asing iaitu Mandarin dan Bahasa Inggeris.

"Ini kerana mereka (pegawai dan anggota imigresen) berurusan dengan pelancong asing dari pelbagai negara dan ini amat penting dalam penugasan operasi untuk pelancong asing melancong di negara ini," katanya dalam temu bual dengan Bernama sempena sambutan Hari Imigresen esok.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Khairul Dzaimee berkata ketika ini pihaknya sedang menguruskan program Bahasa Mandarin dengan kerjasama Kedutaan China manakala bagi program Bahasa Inggeris akan dibuat di Institut Tadbiran Awam Negara.

Beliau berkata, bagi menangani isu pendatang tanpa izin, tumpuan jabatan ialah mempergiatkan operasi berterusan yang sehingga kini dilihat berkesan dalam menurunkan kemasukan warga asing secara haram ke negara ini..

"Kami akan melakukan operasi banteras pendatang tanpa izin tanpa henti, tanpa jemu dan akan bersiap siaga dari segenap aspek terutama dalam menghadapi ancaman keselamatan negara,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, penahanan 680 individu disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Cyberjaya adalah yang terbesar jabatan itu tahun ini.

"Jadi itu dari segi operasi yang saya anggap kejayaan terbesar kami dengan tangkapan besar (680 individu) dalam sejarah imigresen untuk satu operasi di tempat yang sama.
Artikel Berkaitan:


Ini merupakan kejayaan terbesar imigresen dalam menumpaskan kegiatan sedemikian dan saya percaya kegiatan ini bukan sahaja di Malaysia bahkan (juga ada) di negara lain,” katanya.

Mengulas mengenai menaik taraf sistem maklumat imigresen, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya akan menggunakan Sistem Integrasi Imigresen yang baharu menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

"Apabila sistem baharu itu dilaksanakan, segala pengurusan hal ehwal imigresen tidak lagi dilakukan secara manual dan akan dikurangkan sehingga ke tahap 60 peratus di pintu-pintu masuk negara.

"Maknanya selepas ini setiap pelawat asing boleh ke pintu masuk automatik dan imbas pasport mereka serta direkod untuk melancong di negara ini," katanya.

Khairul Dzaimee berkata, dari segi keselamatan jika pelawat asing itu disenarai hitam ketika sedang mengimbas pasport, pintu masuk automatik tidak akan dibuka sebaliknya mereka akan dibawa ke pejabat imigresen untuk rujukan.

"Selain itu, sistem ini akan mengandungi mekanisme untuk menyekat pengganas asing daripada menyeberangi masuk ke negara ini.

"Sekiranya seseorang pelancong asing itu mempunyai rekod terlibat kegiatan pengganas, sistem ini akan mengeluarkan gambar menerusi pelaksanaan pengumpulan Maklumat Awal Penumpang (API) dan Rekod Nama Penumpang (PNR)," katanya.

-Bernama