Lego Sam sumbang emas kedua

Aksi atlet sukan tarian kategori “Breaking” Lego Sam Jee Lek menunjukkan pingat emas selepas memenangi dalam kategori itu sempena Sukan SEA Filipina di Royce Hotel, Clark hari ini. - Foto: Bernama
Aksi atlet sukan tarian kategori “Breaking” Lego Sam Jee Lek menunjukkan pingat emas selepas memenangi dalam kategori itu sempena Sukan SEA Filipina di Royce Hotel, Clark hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

NEW CLARK CITY - Atlet acara sukan tarian Sam Lee Jek menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-30 selepas memenangi acara break dance di Ballroom Royce Hotel & Casino, dekat sini hari ini.

Atlet berusia 24 tahun dengan nama julukan Lego Sam mengetepikan empat pencabar lain dalam liga sepusingan apabila mengumpul 12 mata disusuli atlet Vietnam, Le Huu Phuoc (9 mata) manakala pingat gangsa disandang oleh wakil Singpura. Jeremy Sim Eng Kiat dengan empat mata.

Berdasarkan format pertandingan, peserta yang mengumpul mata tertinggi selepas empat pusingan tarian, diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan berkenaan.

Terdahulu, kontinjen Malaysia meraih pingat emas sulung menerusi atlet wushu, Loh Choon How yang memenangi acara Taijiquan lelaki selepas mengumpul markah tertinggi, 9.68 mata pada aksi di World Trade Center, Manila. - Bernama

Atlet ‘dancesport’ negara Lego Sam Lee Jak ketika beraksi dalam acara breaking dance sempena Sukan Sea Filipina 2019 di Royce Hotel and Casino hari ini.
 - Foto: Bernama
Atlet ‘dancesport’ negara Lego Sam Lee Jak ketika beraksi dalam acara breaking dance sempena Sukan Sea Filipina 2019 di Royce Hotel and Casino hari ini.
 - Foto: Bernama

Artikel Berkaitan: