Tengkujuh: Jakoa Pahang tumpu tujuh daerah

Johari (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada penerima terpilih di Kampung Chinta Manis, Bentong di sini hari ini.
Johari (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada penerima terpilih di Kampung Chinta Manis, Bentong di sini hari ini.
A
A
A

BENTONG - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang menumpukan tujuh daerah dalam persediaan musim tengkujuh.

Pengarahnya, Johari Alwi berkata, daerah tersebut ialah Temerloh, Rompin, Pekan, Kuantan, Bentong, Jerantut dan Lipis melibatkan 30 buah kampung

Menurutnya, ia berdasarkan pada situasi bencana yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

"Di peringkat negeri, kita bersedia sepenuhnya dengan tenaga kerja termasuk sukarelawan.

"Jakoa terlibat dalam penyediaan dari aspek kebajikan, bantuan keselamatan daripada pihak berkuasa dan khidmat nasihat pihak hospital untuk masyarakat orang asli," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena program Jalinan Mesra Sukarelawan Orang Asli Negeri Pahang bersama masyarakat orang asli Kampung Chinta Manis di sini hari ini.

Hadir sama batin kampung tersebut, Razak Beretong.

Dalam pada itu, Johari berkata, beliau juga menasihatkan supaya masyarakat orang asli sentiasa berhati-hati dan peka dengan sebarang perubahan cuaca di kawasan mereka selain mematuhi nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Memang ada segelintir rasa berat nak berpindah tetapi bila dipujuk mereka berikan kerjasama baik. Setakat ini tiada masalah yang berlaku di kalangan masyarakat orang asli bila berlaku bencana sebegini," katanya.

Sementara itu, sebanyak empat program sukarelawan sudah dijalankan di pelbagai lokasi di negeri ini sejak ditubuhkan pada Ogos lalu membabitkan seramai 120 sukarelawan berusia 18 hingga 40 tahun terdiri pelbagai etnik antaranya Jakun, Jahut, Temuan, Semai.