PKR sudah hantar surat pecat Zakaria, Ismail

Fahmi Fadzil - Foto Bernama
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menghantar surat pemecatan daripada parti kepada Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid dan Ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, surat pemecatan tersebut dihantar semalam tetapi pemakluman sudah dibuat sejurus selepas Mesyuarat MPP Ahad lalu.

"Mengikut Perlembagaan parti, mereka diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan setelah dipecat.

"Buat masa ini biarlah proses rayuan itu mengambil tempat dan MPP akan umumkan atau buat keputusan bila tiba waktu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini semalam.

Kelmarin, Zakaria memaklumkan masih belum menerima surat pemecatan daripada PKR pusat kerana baharu kembali dari Taiwan dan hanya mengetahui berita tersebut daripada laporan media.

Sebelum itu, pemecatan Zakaria dan Ismail dari parti diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim kerana dikaitkan dengan kes salah laku rasuah ketika pemilihan parti tahun lepas.

Artikel Berkaitan: