Da'i Farhan buat laporan polis, saman netizen

Paparan Instagram Da'i Farhan.
Paparan Instagram Da'i Farhan.
A
A
A

"ALHAMDULILLAH dah selesai semalam. Dua laporan polis dan dua tuntutan saman dikemukakan buat 'si dia', beberapa orang pemfitnah tegar di media sosial yang disenaraikan nama-nama mereka," demikian kata-kata Da'i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad.

Beliau mengambil tindakan saman berikutan fitnah dilemparkan berhubung isu perkahwinan keduanya dengan seorang ibu tunggal anak lapan baru-baru ini hingga tular, selain menerima kecaman netizen.

Juara rancangan dakwah Da'i musim kedua itu memberitahu, laporan polis itu dibuat demi memberi pengajaran buat semua netizen supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yang mengaibkan seseorang.

"Moga mereka berbahagia selalu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat," tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, beliau secara terbuka mengumumkan perkahwinan keduanya di Instagramnya dan menarik perhatian ramai netizen sehingga ada pihak mendakwa isteri pertamanya tidak meredai perkahwinan tersebut.

Katanya, "Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku. ALLAH yang pertemukan kami di sisi Baitullah, di bawah payungan langit Kaabah, di Tanah Suci juga kami disatukan dengan ikatan pernikahan. Amanah buatku untuk mendidik dan menjaga isteri keduaku ini bersama lapan orang anaknya yang baik hati semuanya.

"Terima kasih buat isteri pertamaku yang sentiasa tabah dan kuat semangat dengan hakikat ini. Moga segalanya dalam reda dan rahmat Ilahi, amin. Mohon semua doakan yang terbaik untuk ustaz dan amanah yang ALLAH berikan pada ustaz ini, fii amanillah," tulisnya.

Artikel Berkaitan: